Saturday 27 April 2013

Sahabat


Teman tidak hanya menerima kelebihan mu , Tapi sahabat akan menerima kekurangan mu

Pelbagai cerita negatif yang aku dengar tentang dia. Semua tentang keburukkan dia. Dari semua cerita itu aku mula memandang negatif tehadapnya. Tapi ternyata semua itu angkara ' sahabat ' yang di layan bak Puteri. Perwatakan lemah-lembut tapi hati busuk. Siapa sangka dia akan buat begitukan. Bak kata geng-geng Aku mse form5 dulu, " Senyap-senyap makan dalam, Makan dalam, Hancur!! ".. Haaa, btul tak?? Ni sebenarnya bukan nak ceritakan keburukkan sesorang tapi penulisan tentang jalanan hidup Aku.

Kisah ini bermula bila nurinsy ( bukan nama sebenar ) menceritakan keburukkan Azrin (classmate Aku) pada Aku dan roommate Aku. Tapi ternyata semua yang di ceritakannya adalah bohong atau dengan kata lain dia MENFITNAH. Kesian si Azrin ni. Dia di pinggirkan sedangkan dia tidak tahu apa salahnya pada Aku dan Kawan2. Aku ok la sebab Dia tak rapat pun dengan Aku sebab Aku ada yang sentiasa menemani..hehe..


 Ni la Azrin. Kalau nak kenal dia, follow la blog die..hehe.. SINI
Nak dijadikan cerita pula, dekat asrama lama Aku tu ade kecurian. Hilang baju, tudung, dan duit tapi tu semua tak penting pun dalam cerita ni..hehe.. Then, Aku pindah la asrama and duduk dengan classmate Aku, Azrin tadi tu la. Semua yang di ceritakan memang berbeza. Apa yang nurinsy cakap macam Azrin ni suka sangat busy body, suka 'check' msj Dia la, pantang buka fb pasti Azrin di sebelah la. tapi setelah 2 bulan lebih Dia jadi roommate Aku, tak pernah sekali pun terjadi. 
Then, Aku pun minta maaf dengan Azrin dan menceritakan semuanya pada Azrin. Alhamdulillah, Azrin maafkan Aku.

Selepas 2 hari Aku pindah asrama, Wana (bukan nama sebenar) roommate Aku dulu dan nurinsy mula berubah. Aku dan Azrin mengalah dan tegur mereka, tapi mimik muka perli je. Satu hari, Aku dan Azrin bersemuka dengan mereka, manakan tidak, sekelas ade 8 orang je.. 4 laki dan 4 perempuan, cukup la kan, Aku, Azrin, Nurinsy, Wana. Tak best la kan, sekelas, dah la 4 rg, masam muka pula tu. Kami bersemuka hanya untuk selesaikan masalah je.

Pada awalnya Wana seakan-akan mahu bergaduh, mana tak nya, dengan hentak tangan kat meja, cakap jari tunding atas muka, tapi yang lucunya dia tak sebut 'settle' tapi 'SENTTLE'..hahaha.. lucu kan... Last2 Wana dan Nurinsy minta maaf kat Aku dan Azrin. Pada esokkannya pula, mereka masih bermasam muka walaupun dan settle.

Rupa-rupanya Wana masih membenci Azrin. Dia kata Azrin yang menghasut aku supaya tak tegur Dia, padahal sebelum ni aku memang jarang pun tegur Dia. Ada khabar yang mengatakan Dia tersangat la benci Azrin tapi bila di tanya sebab, Dia hanya mempu menjawab ' Adalah, mana boleh bagitahu'.. Prasan diri tu bagus sangat la tuh. Aku pun tak tahu la apa yang dia dengki sangat dengan Azrin tu, mybe sebab pointer kot. Dapat dekan dengan tak dapat dekan kan,mesti la ada jeles nya kan..haha...

Sekarang ni semuanya masih berterusan, tak tahu la ending dia macam mana. Kalau dia ada perasaan untuk berubah, Dia datang mohon maaf dengan Azrin. Sama2 la kita berdoa senoga hatinya terbuka untuk berubah. Amin.


“ Ya ALLAH, jadikan mata kami mampu mengalirkan air mata, dada kami berisi penuh dengan ungkapan-ungkapan dan semangat, hati kami sanggup menyelami gelombang dalam mengetuk pintu-pintu langit dan ketika tersesat di gurun pasir kerana takut kepadaMu, maka bukakan mata hati kami pintu menuju makrifatMu, dan bukakan pengetahuan kami suatu pemahaman dalam merenungkan sinar hikmahMu. Wahai kekasih hati orang-orang yang sangat merindukanMu dan limpahan akhir cinta orang-orang yang banyak berharap kepadaMu”



1 comment: